MENGENAI KAMI
Jabatan
Kerja Raya [JKR] Hilir Perak adalah sebuah jabatan teknikal yang terbesar dan
tertua di Daerah Hilir Perak . ditubuhkan dibandar Baru Teluk Mak Intan pada
tahun 1876. Kerja – kerja awam pertama dibawah nama PWD [ JKR ] bermula sekitar
tahun 1884 pada tahun 1886 Mr Ward telah menjadi Jurutera Daerah yang pertama,
sehingga kini JKR Hilir Perak menjadi sebuah agensi pelaksana projek-projek
pembangunan prasarana dan kemudahan awam untuk Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Bagi
merealisasikan hasrat kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat Daerah Hilir
Perak khasnya, jabatan ini dipimpin oleh En. Ahmad Roslan Bin Bidin sebagai
Jurutera Daerah dan dibantu oleh Penolong Jurutera Daerah ( Jalan ) , Penolong
Jurutera Daerah ( Bangunan ) dan Penolong Jurutera Daerah ( Senggaraan
Persekutuan ). JKR Hilir Perak kini mempunyai 180 Pegawai dan Kakitangan dari
Kumpulan Pengurusan Professional dan Sokongan.
Selain dari
Pengurusan Projek Pembangunan, JKR Hilir Perak juga memberikan perkhidmatan
menyenggara kemudahan awam seperti jalanraya, bangunan-bangunan kerajaan dan
jambatan. JKR Hilir Perak juga memberikan khidmat nasihat teknikal kepada
jabatan-jabatan serta agensi kerajaan lain yang memerlukannya dari semasa ke
semasa.
